- Iklan -
Berita

Calon SPM, STPM 2021 akan divaksinasi bermula Julai, kata Khairy

Proses suntikan berkenaan dijangka dilaksanakan di sekolah yang akan dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV).

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Calon SPM dan STPM bagi tahun ini akan divaksinasi dengan vaksin Pfizer bermula Julai depan. Gambar: Bernama
Calon SPM dan STPM bagi tahun ini akan divaksinasi dengan vaksin Pfizer bermula Julai depan. Gambar: Bernama

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech bermula bulan depan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata proses suntikan berkenaan dijangka dilaksanakan di sekolah yang akan dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV).

“Kita akan mulakan pemberian vaksin kepada mereka pada Julai sebagai persediaan sebelum mereka kembali ke sekolah kelak,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Pahang hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Sallehuddin Ishak.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin dilaporkan berkata cadangan kementerian itu agar murid yang menduduki peperiksaan awam diberi keutamaan untuk divaksinasi telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF).

Radzi berkata ini berikutan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk golongan berusia 12 tahun ke atas.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.