- Iklan -
Berita

Pesawat perang Israel serang utara Gaza

Pesawat perang it mengebom sebuah kawasan di bandar Beit Lahia dan satu lagi di Khan Yunis.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pesawat F-35 milik Israel. Negara Yahudi itu sering melakukan serangan udara di kawasan-kawasan yang dikuasai Hamas. Gambar: AP
Pesawat F-35 milik Israel. Negara Yahudi itu sering melakukan serangan udara di kawasan-kawasan yang dikuasai Hamas. Gambar: AP

Pesawat perang Israel melancarkan beberapa serangan udara pada Khamis malam di kawasan milik kumpulan pejuang Palestin Hamas di Semenanjung Gaza.

Menurut Agensi Anadolu, pesawat perang mengebom sebuah kawasan di bandar Beit Lahia dan satu lagi di Khan Yunis.

Kementerian kesihatan Palestin tidak melaporkan mengenai kecederaan, manakala tentera Israel juga tidak mengeluarkan sebarang komen.

Awal Khamis, Israel menyampaikan mesej kepada Hamas bahawa jika pelancaran belon api dari Semenanjung Gaza tidak dihentikan, tindakan ketenteraan baru akan dilakukan.

Saluran 13News Israel melaporkan bahawa delegasi Israel yang kini berada di Mesir menghantar mesej itu melalui perkhidmatan perisikan Mesir.

Delegasi dari Majlis Keselamatan Nasional Israel tiba di Kaherah pada Khamis, bagi mengadakan perbincangan mengenai gencatan senjata jangka panjang dengan Hamas di Gaza.

Pada 10 Mei, Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza selama 11 hari dan mengakibatkan kematian dan kecederaan membabitkan ribuan penduduk Palestin.