- Iklan -
Berita

Ideologi haluan kanan, ekstremisme anti-Muslim antara cabaran Singapura perangi keganasan

Pihak berkuasa Singapura berkata ancaman terorisme datang daripada individu yang menjadi radikal akibat terpengaruh dengan kandungan ekstremis dalam talian.

Our Regional Correspondent
2 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung memasuki Masjid Yusof Ishak di Singapura, salah satu masjid yang menjadi sasaran serangan seorang pelajar yang ditahan pada Disember tahun lalu. Gambar: AP
Pengunjung memasuki Masjid Yusof Ishak di Singapura, salah satu masjid yang menjadi sasaran serangan seorang pelajar yang ditahan pada Disember tahun lalu. Gambar: AP

Menurut Laporan tahunan Penilaian Ancaman Singapura kerajaan Singapura melihat ekstremisme golongan berhaluan kanan sebagai ancaman utama dalam usahanya memerangi keganasan kumpulan-kumpulan seperti Daesh.

Laporan ditahunan itu menyebut tindakan-tindakan radikal berdasarkan ketuanan kaum selain anti-Muslim dan anti-pendatang asing sudah mulai muncul dan menjadi kebimbangan utama di Barat.

“Ketika terorisme puak Islamis kekal menjadi kebimbangan utama, kami juga berjaga-jaga dengan ancaman seperti ekstremisme golongan berhaluan kanan,” kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam laporan dwitahunan edisi ketiganya.

Laporan itu juga diterbitkan beberapa bulan selepas pihak berkuasa menahan seorang remaja yang merancang untuk menyerang penganut Islam di sebuah masjid di Singapura, remaja itu dikatakan terinspirasi daripada serangan bersenjatan di masjid Christchurch pada 2019.

ISD turut berkata beberapa unsur luar dari Singapura termasuk “kemasukan kemarahan asing dari luar, ucapan kebencian dan retorik pemecah belah” juga menjadi ancaman kepada keselamatan dalam dan keharmonian masyarakat dalam negara itu.

“Terorisme dalam negeri yang menjadi ancaman kepada Singapura kebanyakannya berpunca daripada radikalisasi kendiri beberapa individu yang terpengaruh dengan kandungan ekstremis dalam talian. Seperi negara-negara lain, Singapura terdedah kepada serangan-serangan terhadap sasaran lemah oleh beberapa individu yang bergerak sendirian menggunakan objek-objek yang mudah diperolehi.”

Laporan itu juga berkata ekstremisme golongan berhaluan kanan sebelum ini tidak memiliki daya tarikannya Asia Tenggara, beberapa kumpulan garis keras itu memeluk ideologi daripada mesej-mesej “etno agama, cauvinisme dan nativisme anti pendatang”.

“Naratif-naratif begini boleh menyerap ke dalam masyarakat dan bahkan memberikan ilham kepada beberapa individu untuk melakukan tindakan ganas terhadap anggota masyarakat yang lain.”

Laporan itu berkata rancangan serangan berseorangan oleh individu yang sudah menjadi radikal hanya boleh didedahkan dengan kerjasama keluarga dan rakan-rakan, dan ia turut menyenaraikan beberapa petanda yang menunjukkan “seseorang dalam kalangan kita mungkin sudah menjadi radikal”.

Antara petanda dalam senarai itu termasuk sering melayari laman sesawang radikal, memuat naik hantaran atau berkongsi pandangan ekstrem di media sosial, menyuarakan pandangan sedemikian dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, membuat ulasan dan mempromosi kebencian terhadap kaum dan agama lain, dan menyuarakan niat untuk menyertai aktiviti keganasan di luar negara.

Pada Disember tahun lalu, pihak berkuasa menahan remaja Singapura berusia 16 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana merancang untuk menyerang dua masjid di Singapura menggunakan parang.

Remaja lelaki berbangsa India yang juga penganut Kristian Protestan itu merancang serangan tersebut pada tarikh ulang tahun serangan ke atas masjid di Christchurch, New Zealand yang menyaksikan 50 orang terkorban.

Pada Februari lalu, pihak berkuasa Singapura menahan seorang Muslim berusia 20 tahun yang merancang untuk melakukan serangan menggunakan pisau terhadap penganut Yahudi di sebuah saumaah.

Amirull Ali yang merupakan pelatih dalam Angkatan Bersenjata Singapura(SAF) telah merancang serangan menyasarkan tiga orang lelaki Yahudi di Saumaah Maghain Aboth di Waterloo Street.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.