- Iklan -
Berita

Polis beri amaran sindiket penipuan tawar pekerjaan di Shopee

Shopee tidak pernah mengupah mana-mana pihak untuk mengambil pekerja baru melalui platform pesanan mereka.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Shopee menasihatkan orang ramai supaya menghubungi polis sekiranya sindiket penipuan dalam talian masih berleluasa menerusi platform pihak berkuasa seperti Semakmule, Infoline CCD dan CCID Scam Response.
Shopee menasihatkan orang ramai supaya menghubungi polis sekiranya sindiket penipuan dalam talian masih berleluasa menerusi platform pihak berkuasa seperti Semakmule, Infoline CCD dan CCID Scam Response.

Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menjadi mangsa sindiket penipuan yang menawarkan peluang pekerjaan di syarikat e-dagang Shopee.

Menurut Shopee, polis memaklumkan sindiket tersebut berlaku atas talian melalui platform pesanan seperti WhatsApp.

Dalam satu kenyataan, Shopee menegaskan syarikat e-dagang itu tidak pernah mengupah mana-mana pihak untuk mengambil pekerja baru melalui platform pesanan mereka.

Shopee juga mengesahkan bahawa jawatan “Ejen Pembelian Atas Talian” tidak wujud di organisasi ini.

“Shopee ingin mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa berwaspada dan peka terhadap sindiket penipuan ini, dan tidak menjadi mangsa kepada tawaran pekerjaan palsu ini,” katanya.

Shopee juga menasihatkan orang ramai supaya menghubungi polis sekiranya sindiket penipuan itu masih berleluasa menerusi platform pihak berkuasa seperti Semakmule, Infoline CCD dan CCID Scam Response.

“Sekiranya sesiapa ditawarkan peluang pekerjaan yang mencurigakan, atau menjadi mangsa sindiket-sindiket penipuan seperti ini, sila hubungi balai polis berdekatan dan buat laporan polis dengan segera.

“Shopee akan terus bekerjasama dengan polis dalam menangani sindiket-sindiket penipuan ini,” katanya.