Jumlah individu lengkap 2 dos vaksin Covid-19 cecah 1.8 juta
4,749,133 orang menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam 6,554,500 dos.
Terkini
Sebanyak 1,805,367 individu melengkapkan kedua-dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini.
Menerusi hantaran di Twitter rasminya, beliau memaklumkan 4,749,133 orang menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam 6,554,500 dos.
Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 237,662 diikuti Johor (192,501), Sarawak (189,280), Perak (165,932) dan Kuala Lumpur (157,393), menurut hantaran itu.
Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Adham berkata sebanyak 252,773 dos diberikan semalam berbanding 250,529 dos hari sebelumnya.
Katanya, daripada jumlah itu, 174,448 adalah penerima dos pertama manakala 78,325 lagi dos kedua.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.