- Iklan -
Berita

Filipina berkabung 10 hari kerana kematian ‘Noynoy’ Aquino

Sepanjang tempoh itu bendera negara di semua bangunan kerajaan akan dikibarkan separuh tiang.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas presiden Filipina Benigno Aquino memberikan isyarat 'L' yang bermaksud 'Lawan!' Ketika di sebuah acara memperingati pembunuhan bapanya, Benigno Aquino Jr. Gambar: AP
Bekas presiden Filipina Benigno Aquino memberikan isyarat 'L' yang bermaksud 'Lawan!' Ketika di sebuah acara memperingati pembunuhan bapanya, Benigno Aquino Jr. Gambar: AP

Filipina akan berkabung selama 10 hari bermula 24 Jun, berikutan kematian bekas presiden, Benigno “Noynoy” Aquino III.

Jurucakap presiden Harry Roque dalam satu kenyataan pada Khamis malam berkata sepanjang tempoh itu bendera negara di semua bangunan kerajaan akan dikibarkan separuh tiang.

Upacara pengebumiannya akan dilakukan pada Sabtu di Manila Memorial Park.

Bekas presiden itu disahkan meninggal dunia pada 6.30 pagi Khamis akibat komplikasi diabetes.

Beliau menjadi presiden ke-15 Filipina dari 2010 hingga 2016.