- Iklan -
Berita

Exco Selangor mohon maaf selepas perbalahan dengan Khairy berhubung bekalan vaksin

Dr Siti Mariah Mahmud berkata Selangor akan menerima lebih dari empat juta dos vaksin pada Julai.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Exco kesihatan Selangor Dr Siti Mariah Mahmud berbual dengan penerima vaksin di  PPV Dewan Seri Siantan di Kuala Lumpur. Gambar: Bernama
Exco kesihatan Selangor Dr Siti Mariah Mahmud berbual dengan penerima vaksin di PPV Dewan Seri Siantan di Kuala Lumpur. Gambar: Bernama

Exco Kesihatan Selangor Dr Siti Mariah Mahmud hari ini memohon maaf kepada Khairy Jamaluddin susulan perbalahan mereka berhubung bekalan vaksin di negeri itu, mengatakan beliau diberitahu dalam mesyuarat Badak Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bahawa Selangor akan menerima sejumlah empat juta dos vaksin bagi bulan Julai.

“Saya menghadiri mesyuarat CITF pusat pagi ini,” katanya dalam sebuah ciapan Twitter.

“Selangor akan dapat 4,008,710 dos vaksin untuk bulan Julai. Bekalan yang tertinggi. Terima kasih YB Menteri,” tambahnya.

“Saya akan hadiri mesyuarat bersama In sya Allah tanpa gagal. Alhamdulillah. Your nose tak panjang, minta maaf dunia akhirat”

Sebelum ini, Siti Mariah berkata Selangor tidak menerima bekalan vaksin yang cukup dan mendakwa kapasiti vaksinasi di negeri itu mencapai 87,616.

Beliau turut berkata jika tidak ada bekalan tambahan diberikan, beberapa PPV di negeri itu mungkin akan ditutup.

Bagaimanapun, Khairy yang merupakan penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata beliau dimaklumkan oleh menteri besar Selangor bahawa kapasiti vaksinasi harian Selangor pada Jun adalah sebanyak 40,000.

“Kami bekalkan vaksin mengikut kapasiti negeri. Saya tak pasti dari mana exco dapat angka 80,000 itu,” katanya dalam sidang media semalam.

Beliau turut menggesa supaya negeri itu meningkatkan kadar vaksinasinya, mengatakan hanya Selangor sahaja yang masih berada di tahap bawah 80% dalam penggunaan vaksin ketika ini.

 

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.