- Iklan -
Berita

Korban nahas pesawat tentera Filipina meningkat kepada 50

Mangsa yang cedera pula termasuk 49 anggota tentera dan empat orang awam.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota penyelamat membawa mayat mangsa di kawasan nahas membabitkan pesawat tentera C-130 di bandar Patikul, Sulu, Filipina. Gambar: AP
Anggota penyelamat membawa mayat mangsa di kawasan nahas membabitkan pesawat tentera C-130 di bandar Patikul, Sulu, Filipina. Gambar: AP

Jumlah korban dalam nahas pesawat tentera Filipina pada Ahad meningkat kepada 50 orang, sementara 49 yang lain cedera, lapor Sputnik, menurut ABS CBN memetik jurucakap Tentera Filipina.

Jeneral Edgard Arevalo pada Isnin berkata pihak berkuasa telah menemui lima lagi mayat menjadikan jumlah korban terkini seramai 50. Korban termasuk 47 anggota tentera dan tiga orang awam.

Mangsa yang cedera pula termasuk 49 anggota tentera dan empat orang awam, kata Arevalo.

Terdahulu, laporan menyatakan 45 penumpang terkorban, manakala 42 yang lain terselamat.

Terdapat lebih 80 penumpang di dalam pesawat C-130 ketika ia terhempas di Pulau Jolo pada Ahad, ketika cuba mendarat dan terbabas dari landasan.

Menurut Arevalo, tentera Filipina telah menggantung sementara penerbangan pesawat C-130.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.