- Iklan -
Berita

Dr M ucap terima kasih kerajaan luluskan pendaftaran Pejuang

Mahathir berkata parti baru itu menawarkan solusi "non-political" bagi pandemik dengan rancangan untuk mengemukakan usul Majlis Gerakan Negara.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan kejayaan parti Pejuang didaftarkan sebagai sebuah parti politik, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan permohonannya.

“Kami berpendapat cara kami bukan untuk menimbul masalah,” katanya dalam sebuah sidang media hari ini.

“Kita buat melalui undang-undang. Tak ada sebab kita tak boleh didaftar.”

Bekas perdana menteri itu turut mengatakan partinya itu sebagai solusi blok “non-political” bagi pandemik, mengatakan Pejuang sudah merancang untuk mengemukakan usul untuk menubuhkan Majlis Gerakan Negara.

Beliau juga menyifatkan Pelan Pemulihan Negara sebagai gagal dan menambah Pejuang memiliki rangka untuk selesaikan masalah rakyat.

“Kami hanya minat untuk mengusulkan badan ini yang akan dinamakan sebagai Majlis Pemulihan Negara untuk menangani masalah semasa akibat krisis Covid-19 seperti kematian dan bunuh diri, yang berpengaruh pada ekonomi dan keselamatan.

“Kami tidak minat dengan politik, “katanya.

Majlis itu menurut Mahathir akan dianggotai golongan profesional dan pakar berpengalaman dalam menangani krisis seperti Covid-19, sambil menyatakan tiada ahli politik akan terlibat.

Mahathir berkata, beliau berharap kerajaan akan bersetuju dengan cadangannya dan menubuhkan badan itu segera.

“Sekiranya mereka tidak setuju, kita perlu buat sendiri. Banyak orang akan mati jika kerajaan tidak bersetuju.”

Beliau juga berkata, Perikatan Nasional (PN) tidak perlu bimbang melaksanakan cadangan tersebut akan menjadikan Pejuang popular.

“Kami tidak minat untuk jadi popular atau tidak. Kami hanya minat untuk hentikan atau kurangkan jumlah kes baru yang berlaku setiap hari, ”katanya.

Mahathir mengatakan kerajaan sudah melakukan dengan baik pada tahap awal wabak itu, tetapi keadaan merosot setelah pilihan raya negeri Sabah pada September lalu.

“Kerajaan perlu mendukung badan yang profesional, yang tidak minat dengan politik. Kami hanya minat untuk kurangkan jumlah jangkitan baru. Itu niat kami dan saya harap kerajaan tidak akan sabotaj dengan enggan memberi wang atau membiarkan sesuatu berlaku. ”

Mahathir juga mempersoalkan pandangan peguam negara yang menyatakan keputusan yang diumumkan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya partinya menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin tidak akan mempengaruhi kedudukan perdana menteri.

Tegasnya, Muhyiddin sebagai presiden Bersatu pernah membawa partinya keluar dari kerajaan sebelum ini.