Polis tambah sekatan jalan, tiada kawat berduri di Seremban
Orang ramai diingatkan supaya patuh kepada prosedur operasi standard ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara demi kesejahteraan bersama.
Terkini
Tiada pagar kawat berduri dipasang di Seremban sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) yang bermula tengah malam ini hingga 22 Julai, kata Ketua Polis Daerah Seremban Mohd Said Ibrahim.
Beliau berkata sebaliknya pihaknya akan menambah dua sekatan jalan raya di sempadan Rantau menghala ke Port Dickson dengan kekuatan 300 anggota termasuk pasukan tentera.
Menurutnya orang ramai diingatkan supaya patuh kepada prosedur operasi standard ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara demi kesejahteraan bersama.
“Sebelum penambahan dua sekatan jalan raya itu, terdapat lapan sekatan jalan raya di daerah Seremban. Polis akan memastikan pergerakan dapat dikawal sebaiknya dan setakat ini tiada pagar kawat berduri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Op Bantu kepada beberapa orang awam yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di Seremban hari ini.
Sementara itu, Said berkata atas faktor ekonomi, peniaga dibenarkan beroperasi dengan syarat mendapat pelepasan daripada kementerian pertanian dan industri makanan manakala pekebun kecil pula perlu hadir ke balai polis untuk memohon kebenaran berniaga.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.