- Iklan -
Berita

Kerajaan tak bertolak ansur dengan kilang, premis perniagaan langgar peraturan, kata TPM

108 kilang dan premis perniagaan yang gagal mengikut SOP diarah tutup serta-merta dalam tempoh dua hari.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Kilang dan premis perniagaan yang melanggar peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan akan berhadapan tindakan tegas termasuk diarah tutup serta-merta sebagai usaha menangani pandemik Covid-19.

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur lagi terhadap kilang dan premis perniagaan berkenaan yang gagal mematuhi peraturan.

“Kita akan melakukan ‘perang’ habis-habisan dalam melawan (penularan pandemik) Covid-19 dan mengambil tindakan tegas kepada kilang dan premis perniagaan yang berdegil,” katanya menerusi catatan di Facebook rasminya hari ini.

Semalam, Ismail dalam catatan di Facebook memaklumkan terdapat 108 kilang dan premis perniagaan yang gagal mengikut SOP diarah tutup serta-merta dalam tempoh dua hari.

Ia melibatkan 56 kilang dan premis perniagaan yang diarah tutup pada Khamis manakala baki 52 pada Jumaat.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.