- Iklan -
Berita

Sarawak negeri pertama mulakan vaksinasi banduan

Lebih dari 700 dos diberikan setakat ini melibatkan banduan tempatan dan warga asing.

Nur Shazreena Ali
1 minit bacaan
Kongsi
Banduan di penjara Sibu menerima suntikan vaksin Sinovac hari ini.
Banduan di penjara Sibu menerima suntikan vaksin Sinovac hari ini.

Sarawak memulakan program vaksinasi Covid-19 untuk banduan penjara dengan 741 banduan menerima dos pertama vaksin setakat ini, kata pengarah penjara negeri.

Mohamad Rosidek Musa memberitahu MalaysiaNow bahawa kerajaan negeri memberikan 536 suntikan vaksin Sinovac kepada banduan di penjara Sibu dan 205 dos lagi kepada banduan di penjara Bintulu.

Suntikan vaksin itu juga turut diberikan kepada banduan tempatan dan juga banduang warga asing.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana menyediakan vaksin untuk banduan di Sarawak,” kata Rosidek.

“Sarawak adalah negeri pertama yang melancarkan program vaksinasi untuk banduan penjara.”

Beliau menambah vaksinasi sedang dijalankan bagi 2,329 banduan lagi di empat penjara lain di negeri tersebut.

Katanya, vaksinasi penghuni penjara adalah bagi memastikan keselamatan awam.

“Program vaksinasi ini akan membantu untuk kurangkan risiko bagi penghuni penjara, dan bagi tahanan yang bakal dibebaskan demi perlindungan masyarakat dan membantu negeri untuk mencapai imuniti kelompok menjelang Ogos.”