- Iklan -
Berita

Anggota Kabinet, termasuk dari Umno sebulat suara sokong Muhyiddin kekal PM

Kabinet mahu menumpukan usaha menjayakan Pelan Pemulihan Pemulihan Negara (PPN) serta membawa negara keluar dari pandemik Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Muhyiddin Yassin ketika berucap dalam sidang media pertama pengumuman Kabinet kerajaan Perikatan Nasional pada 11 Mac tahun lalu. Gambar: Bernama
Muhyiddin Yassin ketika berucap dalam sidang media pertama pengumuman Kabinet kerajaan Perikatan Nasional pada 11 Mac tahun lalu. Gambar: Bernama

Ahli-ahli jemaah menteri sebulat suara untuk kekal memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Dalam kenyataan hari ini anggota Kabinet memaklumkan bahawa, setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

“Keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik Covid-19.”

Deklarasi sokongan terhadap Muhyiddin ini dilakukan selepas seminggu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan semula sokongan parti itu terhadap Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Dalam kenyataannya, Zahid berkata Muhyiddin gagal melaksanakan syarat-syarat yang menjadi dasar Umno menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), mendesak perdana menteri untuk meletakkan jawatan serta-merta dan mahu seorang perdana menteri sementara dilantik.

Bagaimanapun, MalaysiaNow melaporkan majoriti ahli Parlimen Umno tetap dengan keputusan untuk tidak menarik sokongan terhadap Muhyiddin mengetepikan pengumuman Zahid tersebut.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.