- Iklan -
Berita

Sidang Dewan Rakyat bagi penggal keempat bermula 6 September

Mesyuarat pertama diadakan selama 15 hari pada September, sementara mesyuarat kedua akan diadakan selama 32 hari bermula Oktober hingga Disember.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Parlimen Malaysia ditunda bermula Januari lalu selepas pengisytiharan darurat di seluruh negara. Gambar: AFP
Parlimen Malaysia ditunda bermula Januari lalu selepas pengisytiharan darurat di seluruh negara. Gambar: AFP

Penggal keempat Parlimen akan diadakan selama 15 hari pada September dan mesyuarat kedua diakan selama 32 hari dari Oktober hingga Disember, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun hari ini.

Dalam sebuah kenyataan, Azhar berkata mesyuarat pertama Dewan Rakyat ditetapkan pada 6 hingga 30 September sementara mesyuarat kedua diadakan dari 25 hingga 16 Disember 2021.

Sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah ditangguhkan sejak Januari selepas Proklamasi Darurat diisytiharkan.

Terdahulu, Azhar berkata ahli-ahli Parlimen akan dimaklumkan untuk menghadiri sidang khas Dewan Rakyat selama lima hari bermula 26 Julai.

Sidang yang diadakan pada 26 Julai itu akan membolehkan ahli-ahli Parlimen membahaskan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan Putrajaya bulan lalu.

PPN yang diumumkan tersebut menetapkan beberapa indikator utama dalam usaha negara kembali ke suasana sedia kala seperti sebelum pandemik melanda negara.

Di bawah PPN, kerajaan menjangka sidang Parlimen akan diadakan pada September atau Oktober tahun ini tertakluk kepada keadaan pandemik Covid-19 dalam negara.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.