- Iklan -
Berita

Polis tidak terima surat Miti di SJR dari 18 hingga 21 Julai,

Ia bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab, daripada menyalahgunakan surat kebenaran Miti sebagai kelulusan merentas negeri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota polis membuat pemeriksaan rentas daerah pada sekatan jalanraya berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Anggota polis membuat pemeriksaan rentas daerah pada sekatan jalanraya berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Polis Diraja Malaysia tidak menerima dokumen kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti), sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh empat hari mulai 18 hingga 21 Julai ini, untuk pergerakan rentas negeri.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ini susulan pihaknya mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari, kebelakangan ini.

“Semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri diarahkan untuk meningkatkan penguatkuasaan, dan tidak menerima dokumen Miti sebagai kelulusan pergerakan yang sah.

“Ini bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab, daripada menyalahgunakan surat kebenaran Miti sebagai kelulusan merentas negeri, untuk sambutan Hari Raya Aidiladha,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Bagaimanapun, Acryl Sani berkata larangan tersebut tidak terpakai bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis, serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi.

Jelasnya lagi, mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan ini, akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi dan masyarakat turut dinasihatkan untuk bersama memainkan peranan dalam melandaikan lengkuk jangkitan wabak Covid-19.