- Iklan -
Berita

Hampir 16.5 juta dos vaksin Covid-19 diberikan setakat semalam

Jumlah keseluruhan populasi yang melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,264,760 atau 16.1%.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin yang menghadiri janji temu menunggu giliran mereka untuk ke stesen vaksinasi di Axiata Arena Bukit Jalil.
Penerima vaksin yang menghadiri janji temu menunggu giliran mereka untuk ke stesen vaksinasi di Axiata Arena Bukit Jalil.

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dimulakan pada 24 Februari lalu sehingga semalam, mencecah 16,487,158 dos suntikan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter berkata setakat 11.59 malam tadi, jumlah keseluruhan populasi yang melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,264,760 atau 16.1%.

“Sementara itu, 34.4% atau 11,222,398 lagi mendapat suntikan dos pertama vaksin,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Bagi vaksinasi harian, Adham berkata 462,242 dos diberikan semalam, merangkumi 301,536 individu menerima suntikan pertama manakala 160,706 penerima dos kedua.