- Iklan -
Berita

Hampir 17 juta dos vaksin Covid-19 diberikan setakat semalam

Jumlah keseluruhan populasi yang melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,397,826.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan menyediakan suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV).
Petugas kesihatan menyediakan suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV).

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dimulakan pada 24 Februari lalu sehingga semalam mencecah 16,904,896 dos suntikan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitternya berkata setakat 11.59 malam tadi, jumlah keseluruhan populasi yang melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,397,826.

“Sementara itu, 11,507,070 lagi mendapat suntikan dos pertama vaksin,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Bagi vaksinasi harian, Adham berkata 417,738 dos diberikan semalam, merangkumi 284,672 individu menerima suntikan pertama manakala 133,066 penerima dos kedua.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.