- Iklan -
Berita

Tajuddin dikompaun kerana tak pakai pelitup muka di Parlimen

Nilai kompaun akan ditentukan oleh pejabat kesihatan daerah.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dikompaun hari ini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan tidak memakai pelitup muka ketika berada di bangunan Parlimen.

Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai berkata kompaun dikeluarkan selepas siasatan yang dibuat mendapati ahli Parlimen itu yang menghadiri Mesyuarat Khas Dewan Rakyat semalam tidak memakai pelitup muka ketika berada di ruang legar Parlimen dengan seorang individu kira-kira pukul 2.30 petang.

Siasatan dibuat selepas pihaknya mengesan satu foto yang dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Nilai kompaun akan ditentukan oleh pejabat kesihatan daerah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beh turut menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi SOP PPN dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam dalam usaha memutuskan penularan Covid-19.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.