- Iklan -
Berita

Menteri kecam komen rasis terhadap atlet pecut negara berhijab

Cara pemakaian Azreen tiada kaian dengan prestasi beliau sebagai pelari pecut kebangsaan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Atlet pecut negara Azreen Nabila Alias menyertai acara 100m di Sukan Olimpik Tokto 2020. Gambar: Bernama
Atlet pecut negara Azreen Nabila Alias menyertai acara 100m di Sukan Olimpik Tokto 2020. Gambar: Bernama

Seorang menteri tampil membela atlet pecut negara Azreen Nabila Alias selepas penampilannya yang berhijab di temasya sukan Olimpik Tokyo menarik komen negatif di media sosial.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata cara pemakaian atlet tidak sepatutnya menjadi isu sama ada kerana pilihan peribadi, faktor keselesaan mahupun agama.

“Cara pemakaiannya tiada kaian dengan prestasinya sebagai pelari pecut kebangsaan.

“Malahan, semua atlet kebangsaan sepatutnya diberi ruang untuk mewakili negara dalam apa jua pertandingan, dengan penuh keyakinan bahawa seluru rakyat berada di belakang mereka,” kata Zuraida dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Jumaat lalu, seorang pengguna media sosial menyasarkan Azreen dalam sebuah hantaran yang dilihat mengenakan hijab ketika mengambil bahagian dalam acara pecut 100 meter.

“Saya tak kisah jika dia muncul jadi pelari yang paling akhir dalam acara pecut 100 meter. Namun saya tak boleh terima yang dia pakai baju berbeza daripada pelari lain. Dia tutup habis seakan sedang berlari ketika musim sejuk,” kata Hugh Lawrence Zehnder dalam sebuah hantaran yang banyak dikritik warga maya.

“Jika agama melarang dia daripada memakai macam orang lain, lebih baiklah untuk dia tak payah bersukan dan tumpu untuk menang pertandingan tilawah Al-Quran dan biar orang bukan Melayu wakili negara dalam bidang sukan.”

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.