- Iklan -
Berita

Malaysia rekod 21 juta dos vaksin diberikan, 21.3% penerima dos lengkap setakat 1 Ogos

43.6% daripada populasi negara telah mendapat dos pertama vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Usaha vaksinasi terus ditingkatkan dalam negara dengan penggunaan fasiliti bergerak seperti bas yang diusahakan PKNS di sekitar Lembah Klang.
Usaha vaksinasi terus ditingkatkan dalam negara dengan penggunaan fasiliti bergerak seperti bas yang diusahakan PKNS di sekitar Lembah Klang.

Sebanyak 21,200,473 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Februari hingga semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter berkata daripada jumlah itu, sebanyak 14,247,659 menerima suntikan vaksin dos pertama dan 6,952,814 adalah dos kedua.

“Mengikut peratusan, 43.6% daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, sementara 21.3% sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” menurut JKJAV.

Bagi vaksinasi harian pula sebanyak 480,122 dos diberikan semalam dengan 298,236 adalah pemberian dos pertama manakala 181,886 lagi dos kedua.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi