- Iklan -
Berita

Demonstrasi ala ‘Arab Spring’ pakaian hitam didanai Amerika, dakwa penulis

Pendanaan NED dan IRI mendukung pembangkang adalah bagi menghalang pengaruh China dengan negara-negara gagal, huru-hara dan tidak bersatu.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Peserta perhimpunan #Lawan yang memakai baju hitam memegang sepanduk sambil duduk di atas Jalan Tun Perak bagi menyatakan bantahan mereka terhadap kerajaan.
Peserta perhimpunan #Lawan yang memakai baju hitam memegang sepanduk sambil duduk di atas Jalan Tun Perak bagi menyatakan bantahan mereka terhadap kerajaan.

Demonstrasi ala “Arab Spring” berpakaian hitam yang menuntut supaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan empat hari lalu adalah tajaan Amerika Syarikat (AS), dedah seorang penulis blog yang berpangkalan di Thailand.

Dalam sebuah hantaran saluran Youtube The New Atlas, kolumnisnya, Brian Berletics berkata demonstrasi tersebut meniru gerakan “Milk Tea Alliance” yang bermula di Hong Kong, Myanmar dan Thailand.

“Ini adalah gerakan Arab Spring versi Asia, jika anda tengok kumpulan-kumpulan utama dalam tunjuk perasaan di Thailand, Myanmar dan Hong Kong, semuanya didukung dan didanai oleh pemerintah AS.

“Jelas sekali inilah apa yang berlaku di Malaysia.”

Katanya, gerakan yang menuntut Muhyiddin meletakkan jawatan ini adalah berikutan jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu, gabungan pembangkang diketuai Anwar Ibrahim yang didukung AS.

Menurut Berletics, sokongan AS terhadap Anwar bukanlah perkara baru, malahan katanya dukungan terbuka itu bermula lebih sedekad yang lalu melalui International Republican Institute (IRI), sebuah badan yang beroperasi sebagai organisasi politik di luar AS dengan kerjasama National Endowment For Democracy (NED).

Katanya, Presiden IRI Daniel Twining memang secara terbuka mengakui organisasi itu berada di belakang usaha pembangkang untuk menguasai politik Malaysia.

Berletics turut memetik sebuah video forum di mana Twining mengakui usaha mendanai pembangkang dan bagi menyekat kemaraan kuasa Asia, China.

“Sejak 2002, kami bekerjasama dengan parti politik di Malaysia untuk kukuhkan sistem politik pelbagai parti,” kata Twining.

“Dana yang kami usahakan adalah bersama NED, dengan sumber dari NED itu, selama 15 tahun kami usaha untuk perkuatkan pembangkang.

“Ada yang mengatakan tidak berbaloi, tetapi Umno yang memerintah selama 61 tahun tumbang. Pembangkang akhirnya menang.”

Pada forum yang sama, Twining turut menyebut hubungan serta permainan jangka panjang IRI di Malaysia.

“Ia bukan negara pro-Amerika, dan mungkin tidak akan menjadi sekutu AS yang sebenar-benarnya. Tetapi (apa yang berlaku) akan memberi manfaat kepada kita. Ini adalah contoh usaha jangka panjang,” katanya.

Malah Twining mendakwa dia melawat Malaysia selepas pertukaran kerajaan dan meluangkan masa dalam Pejabat Perdana Menteri.

“Saya melawat dan duduk di sana bersama ramai pemimpin baru kerajaan, kebanyakannya kita pernah bekerjasama sebelum in.

“Salah seorang yang paling senior beritahu, anda tidak pernah berputus asa dengan kami di saat kami sedia untuk berputus asa dengan diri sendiri,” kata Twining.

Dalam pada itu, Berletics yang berpangkalan di Thailand berkata hujah yang mengatakan kerajaan Malaysia gagal mentadbir dan orang ramai adalah hujah yang sama beliau dengar ketika Arab Spring.

“Semua orang alami krisis ekonomi dan kecewa dengan kerajaan mereka ketika itu, seperti semua orang yang berdepan Covid sekarang.

“Amerika Syarikat (AS) ambil kesempatan dari dua kesempatan itu. Lihat bagaimana keadaan pada 2011 di Timur Tengah dan Afrika Utara (Mena).”

Berletics berkata semua kerja-kerja yang dilakukan NED dan IRI di adalah untuk menghalang pengaruh China di negara-negara Asia Tenggara.

“Ini adalah operasi pertukaran rejim AS yang diusahakan di Asia Tenggara yang menggunakan gaya Arab Spring dalam

“Mereka mahu mengepung China dengan negara-negara yang berpecah, gagal dan huru-hara.

“Ia sudah berlaku di Myanmar, di Thailand pun sama, dan kini mula dilakukan di Malaysia. Jadi kita harus hati-hati,” katanya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.