- Iklan -
Berita

RoS tetapkan penangguhan pemilihan Umno tidak sah

Tempoh pemegang jawatan parti itu bagi penggal 2018-2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Logo Umno di Persidangan Umno 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Logo Umno di Persidangan Umno 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini menetapkan keputusan Umno untuk menangguhkankan pemilihan parti Umno selama 18 bulan adalah tidak sah, mengatakan tempoh pemegang jawatan parti itu bagi penggal 2018-2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.

“Berdasarkan minit mesyuarat MKT Umno pada 7 Julai 2021 untuk menangguhkan Pemilihan MKT, bahagian dan cawangan Umno selama 18 bulan, JPPN berpandangan bahawa keputusan tersebut adalah tidak sah,” kata RoS dalam sebuah kenyataan.

Antara mereka yang menggesa supaya Umno menangguhkan pemilihan parti adalah bekas presidennya, Najib Razak yang merupakan sekutu kuat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang menerima penolakan daripada dalaman parti berikutan kempen mereka yang mahu Umno keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional.

Ramai pemimpin Umno seperti Khairy Jamaluddin, Reezal Merican Naina Merican dan Annuar Musa yang secara terbuka mengkritik penangguhan pemilihan parti, mengatakan Umno tidak boleh berdepan pilihan raya di bawah kepimpinan parti ketika ini.

Pada awal tahun ini, Khairy mengecam keputusan tersebut, mengingatkan pimpinan parti keputusan serupa yang diambil sebelum Pilihan Raya Umum 2018 tidak memberikan manfaat kepada Umno.

“Pada 2018 kita tangguhkan pemilihan parti selepas PRU, lingkup juga,” kata Khairy, merujuk kejatuhan Umno dari pentadbiran negara pada 2018.