- Iklan -
Berita

Dahulukan rakyat, titah Sultan Johor kepada pemimpin Melayu yang mahu gulingkan kerajaan ketika pandemik

Sekarang adalah masa untuk berebut-rebut membantu rakyat, bukannya masa untuk berebut kuasa dan kedudukan, kata Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Gambar: Bernama
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Gambar: Bernama

Sultan Johor hari ini menzahirkan rasa kecewa kepada sesetengah pemimpin politik yang mengganggu perjalanan kerajaan kerana merebutkan kuasa, mengatakan tindakan mereka dilakukan ketika rakyat mengalami kesusahan disebabkan pandemik Covid-19.

“Sekarang adalah masa untuk berebut-rebut membantu rakyat, bukannya masa untuk berebut kuasa dan kedudukan,” titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam satu kenyataan ketika beberapa pemimpin pembangkang menghantar akaun bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memaksa kerajaan interim ditubuhkan.

Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bersama-sama bekas perdana menteri Najib Razak mengetuai gerakan untuk menggulingkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Gerakan mereka mencapai momentum baru-baru ini selepas dua menteri Kabinet meletakkan jawatan kerana akur kepada arahan Zahid.

Kedua-dua Zahid dan Najib mengatakan mempunyai sokongan 15 ahli Parlimen Umno.

Sultan Ibrahim memetik ayat Quran mengingatkan pemimpin Melayu-Islam supaya menginsafi segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah.

“Semua pemimpin perlulah jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan, dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah, bukannya kepentingan diri sendiri sehingga menggugat keharmonian masyarakat dan kestabilan politik tanah air.”

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.