- Iklan -
Berita

Speaker Dewan Rakyat nafi maklum kepada PM kerajaan hilang majoriti

Berita tersebut adalah palsu dan turut dinafikan portal berkenaan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menafikan dakwaan kononnya beliau memaklumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah tidak memiliki majoriti.

“Saya menfikan laporan berita terseut dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa surat kepada perdana menteri seperti yang dilaporkan.

“Berita tersebut adalah berita palsu,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan yang sama, Azhar berkata berita yang tular itu didakwa telah diterbitkan portal Suara.TV bertajuk “Perdana menteri terima surat speaker maklum tiada majoriti, mahu bubar Parlimen”.

Bagaimanapun portal tersebut menafikan telah pernah menerbitkan artikel tersebut seperti yang tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial lain

“Adalah dinyatakan, artikel yang tular menggunakan logo Suara.TV adalah palsu dan berniat jahat,” kata portal tersebut dalam sebuah penafian editorialnya.