- Iklan -
Berita

Persoalan kerahsiaan dikompromi timbul selepas pejabat ahli politik bocorkan surat istana kepada media

Insiden serupa turut berlaku bulan lalu ketika ahli Parlimen PKR berkongsi gambar surat yang dikatakan ditulis oleh Agong kepada perdana menteri.

MalaysiaNow
1 minit bacaan
Kongsi
Salinan surat dari Dato' Pengelola Bijaya Diraja kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.
Salinan surat dari Dato' Pengelola Bijaya Diraja kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Salinan sepucuk surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dibocorkan ke beberapa saluran media oleh pejabat pemimpin terkenal parti pembangkang, menimbulkan persoalan mengenai kerahsiaan komunikasi melibatkan istana dikompromi.

MalaysiaNow difahamkan surat yang dibocorkan dalam format PDF tersebut disebarkan oleh seorang pembantu ahli politik itu kepada beberapa pengarang media elektronik dan laman sesawang dalam talian.

Bagaimanapun, salinan surat yang turut tular di internet bukanlah salinan yang diterima Azhar kerana tidak memiliki tanda penerimaan oleh pejabat speaker Dewan Rakyat.

MalaysiaNow menghubungi Fadil bagi mendapatkan penjelasan bagaimana surat itu boleh tular kepada umum.

Walaupun surat itu kini menjadi pengetahuan ramai, MalaysiaNow bagaimanapun tidak akan melaporkan kandungannya Pada masa ini.

Persoalan serupa turut timbul pada akhir bulan lalu ketika seorang ahli Parlimen PKR dari Perlis berkongsi gambar surat yang kononnya ditulis oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Setakat ini, hantaran di akaun media sosial Ahli Parlimen Kangar Amin Ahmad yang berkongsi kandungan surat tersebut masih belum dinyah terbit walaupun dokumen itu bersifat peribadi.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.