- Iklan -
Berita

WHO uji 3 ubat baru bagi rawatan Covid-19

Artesunate, imatinib, dan infliximab akan diuji di lebih 600 hospital di 52 negara.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan menggunakan katil beroda untuk memindahkan seorang lelaki dari wad kecemasan Covid-19 di Hospital Cengkareng di Jakarta, Indonesia. Gambar: AP
Petugas kesihatan menggunakan katil beroda untuk memindahkan seorang lelaki dari wad kecemasan Covid-19 di Hospital Cengkareng di Jakarta, Indonesia. Gambar: AP

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan pada Rabu bahawa kajian terhadap tiga ubat baru bagi rawatan Covid-19 akan dilaksanakan dengan penyertaan ribuan penyelidik dari 600 hospital di 52 negara, lapor Xinhua.

WHO menerusi kenyataan akhbar memaklumkan, tiga ubat baru tersebut merangkumi artesunate, sejenis ubat untuk rawatan malaria; imatinib, ubatan merawat penyakit barah tertentu; dan infliximab, rawatan untuk gangguan terhadap sistem imun seperti penyakit Crohn.

Panel pakar bebas telah memilih tiga jenis ubat itu berikutan potensinya dalam mengurangkan risiko kematian pesakit Covid-19 di hospital, dan disumbangkan pengeluar bagi tujuan penyelidikan, kata WHO.

“Mencari rawatan yang lebih berkesan dan mudah diakses buat pesakit Covid-19 tetap menjadi keutamaan, dan WHO bersedia untuk memimpin usaha global ini,” kata ketua pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

WHO telah menguji empat ubatan sebelum ini, iaitu remdesivir, hydroxychloroquine, lopinavir dan interferon, dan hasil awal menunjukkan bahawa ubatan tersebut mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap pesakit Covid-19.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.