- Iklan -
Berita

Kedutaan AS rendahkan kibaran ‘Old Glory’ di Kabul

Kibaran rendah bendera itu menandakan tamatnya kempen ketenteraan AS di Afghanistan.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Tentera Amerika Syarikat (AS) mula merendahkan kibaran bendera sejak Mei lalu selepas secara rasmi keluar dari Afghanistan dan menyerahkan urusan keselamatan kepada tentera negara itu. Gambar: AP
Tentera Amerika Syarikat (AS) mula merendahkan kibaran bendera sejak Mei lalu selepas secara rasmi keluar dari Afghanistan dan menyerahkan urusan keselamatan kepada tentera negara itu. Gambar: AP

Kedutaaan Amerika Syarikat (AS) merendahkan kibaran bendera negara itu di Kabul dan mengumpulkan hampir kesemua kakitangannya di lapangan terbang di mana pasukan tenteranya mengawal trafik udara, kata pihak berkuasa.

“Kami ambil beberapa langkah untuk kawal Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai bagi membolehkan sekutu AS dan kakitangan dapat berlepas dengan selamat dari Afghanistan melalui kapal terbang awam dan tentera,” kata Pentagon dan Jabatan Negara AS dalam sebuah kenyataan.

Menurut jurucakap Jabatan Negara AS, “hampir semua” pegawai kedutaan dibawa ke lapangan terbang itu termasuk pemangku duta, Ross Wilson yang kekal berhubung dengan Setiausaha Negara Antony Blinken.

“Bendera Amerika turut dikibarkan rendah di kawasan kedutaan dan kini berjaya memendahkan kakitangan kedutaan di tempat yang selamat,” katanya lagi.

Penutupan kedutaan AS itu terjadi selepas 20 tahun ia dibuka semula apabila rejim Taliban berjaya dijatuhkan.

Namun, selepas Presiden Joe Biden memulakan penarikan semula pasukan terakhir tentera AS di Afghanistan, Taliban kembali menguasai Afghanistan dalam tempoh kurang seminggu.

AS menyiapkan 6,000 tentera di lapangan terbang tersebut bagi menerbangkan kakitangan dan beberapa warga Afghanistan yang membantu kedutaan itu sepanjang mereka berada di sana.

Misi pasukan tentera akan “ditumpukan untuk memudahkan usaha tersebut selain dapat mengawal trafik udara,” kata kenyataan tersebut.

Sejak Isnin lalu “dan hari-hari yang mendatang, kami akan pindahkan ribuan warga AS yang telah menjadi penduduk Afghanistan, selain pekerja-pekerja tempatan di kedutaan dan keluarga mereka selain warga tempatan yang terancam keselamatan mereka,” tambahnya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.