- Iklan -
Berita

Makan di restoran dilarang selama seminggu di beberapa daerah Sarawak

Tempoh operasi perniagaan akan dikurangkan dan orang ramai dilarang berada di tempat awam melepasi pukul 10 malam.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Larangan makan di restoran di Sarawak akan berkuat kuasa selama seminggu.
Larangan makan di restoran di Sarawak akan berkuat kuasa selama seminggu.

Aktiviti “dine-in” di Kuching dan beberapa daerah selatan Sarawak akan dilarang bagi tempoh seminggu ketika pihak berkuasa memperketatkan sekatan selepas negeri itu menyaksikan gelombang baru jangkitan sehingga mencatat lebih 2,500 jangkitan hari ini.

Jabatan pengurusan bencana hari ini berkata prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat akan dilaksanakan termasuk operasi perniagaan yang dipendekkan dari 5 pagi hingga 8 malam sementara orang ramai tidak dibenarkan untuk berada di tempat awam tanpa tujuan tertentu melebihi pukul 10 malam.

SOP yang diperketatkan itu akan dikuatkuasakan di beberapa daerah di Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asjaya, Simunjam, Serian dan Tebedu dari 22 hingga 29 Ogos.