- Iklan -
Berita

Politikkan asal usul Covid-19 jejaskan kepentingan global

Usaha merungkai asal usul virus tersebut memerlukan masa yang lama kerana banyak bukti perlu dikumpulkan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kes kanak-kanak dijangkiti Covid-19 meningkat di Sabah. Gambar: Bernama
Kes kanak-kanak dijangkiti Covid-19 meningkat di Sabah. Gambar: Bernama

Penyelidikan merungkai asal usul Covid-19 sepatutnya dijalankan ahli sains dan sebarang tindakan mempolitikkan isu ini amat dikesali dan hanya akan menjejaskan kerjasama global dalam memerangi pandemik itu.

Felow kanan Institut Kajian China-Amerika, Sourabh Gupta berkata usaha merungkai asal usul virus tersebut memerlukan masa yang lama kerana banyak bukti perlu dikumpulkan dan dikaji dengan terperinci.

“Penyelidikan mengenai asal usul itu juga perlu dijalankan tanpa sebarang gangguan. Tindakan sesetengah pihak bukan sahaja akan menyulitkan lagi usaha itu malah akan menyebabkan lebih banyak masa diperlukan,” katanya dalam satu temu bual dengan wartawan China baru-baru ini.

Sourabh Gupta menyifatkan perpaduan dan sinergi masyarakat antarabangsa sebagai perkara paling mendesak untuk membendung penularan Covid-19 yang sedang berleluasa, berikutan kesan negatifnya bukan sahaja daripada segi kesihatan manusia, tetapi juga ekonomi sejagat.

“Malangnya terdapat begitu banyak isu dipolitikkan sejak tercetusnya pandemik Covid-19, bermula dari pencarian asal usul virus hingga langkah memakai pelitup muka dan pemvaksinan.

“Ia akan menyebabkan asas politik bagi mengintensifkan kerjasama multilateral global dalam bidang kesihatan awam dan pembentukan mekanisme global yang berfungsi menangani pandemik seperti ini pada masa depan akan terjejas,” kata pakar itu.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.