- Iklan -
Berita

6 banduan Palestin gali terowong larikan diri dari penjara Israel

Insiden melarikan diri itu mirip filem ikonik yang diteritkan pada 1994, 'The Shawshank Redemption'.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar keadaan lubang terowong yang digunakan 6 warga Palestin bagi melarikan diri dari Panjara Gilboa, Israel. Gambar: AP
Gambar keadaan lubang terowong yang digunakan 6 warga Palestin bagi melarikan diri dari Panjara Gilboa, Israel. Gambar: AP

Enam banduan Palestin melarikan diri dari penjara Israel pada Isnin melalui terowong yang digali di bawah sinki.

Ekoran kejadian itu, pihak berkuasa Israel telah melancarkan usaha pencarian kesemua mereka termasuk seorang bekas militan.

Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) berkata penggera dibunyikan kira-kira pukul 3 pagi oleh penduduk tempata yang melihat “beberapa orang yang disyaki suspek” di luar penjara Gilboa selatan negara itu.

Dalam sebuah kenyataan, IPS berkata mereka yang dikenal pasti melarikan diri termasuk Zakaria Zubeidi, seorang bekas pemimpin militan dari Jenin, Tebing Barat.

Polis, tentera dan pegawai penyiasat dari agensi keselamatan Israel Shin Bet turut meyertai usaha mencari kesemua mereka kata pihak berkuasa.

Unit anjing pengesan juga turut digunakan untuk memeriksa kawasan di sekitar Gilboa dalam usaha mencari mereka.

Media Israel berkata kemungkinan para banduan itu lari dan sudah kembali ke Tebing Barat, wilayah yang dikawal Israel sejak 1967.

Pihak tentera juga berkata pasukannya sentiasa “bersedia dan sudah dihantar” ke Tebing Barat sebagai sebahagian usaha operasi mencari mereka.

IPS turut mendedahkan video beberapa pegawai memeriksa terowong sempit yang digali dalam di bawa sinki penjara mengingatkan visual filem ikonik “The Shawshank Redemption” yang diterbitkan pada 1994.

Kumpulan banduan itu melarikan diri beberapa jam sebelum Israel memulakan musim cutinya dimulakan dengan cuti Tahun Baru Yahudi.

Perdana Menteri Israel Naftali Bennett dalam sebuah kenyataan menggelarkan kejadian itu sebagai “insiden serius” dan memaklumkan beliau sentiasa menerima kemas kini berhubung operasi pencarian mereka.

Kesemua 400 banduan yang diletakkan di Penjara Gilboa adalah mereka yang disabitkan “kesalahan keselamatan”.

Menurut IPS mereka kini dipindahkan ke penjara lain bagi usaha mengesan terowong lain yang mungkin digali kemudahan tersebut.