- Iklan -
Berita

Hampir 69% populasi dewasa Malaysia lengkap vaksinasi

88.3% populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak membawa kotak berisi vaksin dan dibawa ke dewan orang ramai bagi vaksinasi Orang Asli Temuan di Sungai Congkak, Hulu Langat.
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak membawa kotak berisi vaksin dan dibawa ke dewan orang ramai bagi vaksinasi Orang Asli Temuan di Sungai Congkak, Hulu Langat.

Sebanyak 68.8% atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, memaklumkan sebanyak 313,751 dos vaksin Covid-19 melibatkan 132,640 dos pertama dan 181,111 dos lengkap diberikan semalam, menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Sebanyak 20,677,827 individu atau 88.3% populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat Isnin,” demikian menurut JKJAV.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi