- Iklan -
Berita

Kerani ditahan pecah amanah syarikat RM4 juta

Suspek dipercayai membuat beberapa transaksi ke dalam akaun peribadinya secara berperingkat berjumlah RM4 juta.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Wang kertas Ringgit Malaysia.
Wang kertas Ringgit Malaysia.

Seorang kerani wanita ditahan polis semalam dipercayai terlibat dengan kes pecah amanah syarikat pembinaan melibatkan kerugian RM4 juta.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata suspek berumur 39 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya susulan laporan yang dibuat oleh pengarah syarikat berkenaan pada November tahun lepas.

“Suspek dipercayai telah membuat beberapa transaksi ke dalam akaun peribadinya secara berperingkat berjumlah RM4 juta.

“Dia juga mempunyai akses akaun bank milik syarikat kerana pengadu (pengarah syarikat) cuti sakit sejak Januari 2018 hingga Jun 2020 dan tiada individu lain mempunyai akses kepada wang berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dua akaun bank wanita itu digunakan untuk tujuan pemindahan wang syarikat dan suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.