- Iklan -
Berita

Biarkan pejabat korporat dibuka seiring kilang, desak kumpulan majikan

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mengatakan operasi perniagaan tidak berkesan apabila pejabat kilang dibenarkan untuk dibuka semula namun pejabat korporat tetap ditutup.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pemandangan dari udara kawasan Perindustrian Lembah Jaya Ampang.
Pemandangan dari udara kawasan Perindustrian Lembah Jaya Ampang.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) hari ini mendesak kerajaan untuk membenarkan pejabat korporat dibuka semula, mengatakan sekatan yang membuat mereka terpaksa menutup perniagaan menghalang usaha pemulihan perniagaan secara keseluruhan walaupun lampu hijau diberikan untuk perniagaan tidak perlu bagi sektor perkhidmatan kembali beroperasi.

Dalam sebuah kenyataan, Presiden MEF Syed Hussain Syed Husman berkata pegawai persekutuan bertanya mengapa pejabat korporat kekal ditutup ketika pejabat-pejabat kilang dibenarkan untuk dibuka semula.

“Keputusan utama dibuat di peringkat pengurusan, bukannya di lokasi pembuatan,” katanya.

“Keberkesanan operasi perniagaan akan terjejas sekiranya pejabat korporat diarahkan untuk terus ditutup.”

Katanya, pejabat korporat yang tidak dibuka dan berfungsi, keputusan terpaksa dibuat dari jauh sehingga menyebabkan banyak kekeliruan di peringkat operasi dan pengurusan.

“Banyak keputusan yang tidak dapat dibuat oleh operasi atau kilang kerana mereka harus mengikut keputusan strategik syarikat,” kata Syed Hussain.

“Sebagai contoh, semua keputusan penting termasuk kewangan dan IT dibuat di ibu pejabat. Kami memerlukan semua kakitangan untuk jadikan operasi berjalan lancar.”

Beliau juga mendesak kerajaan untuk membenarkan mereka yang lengkap divaksinasi kembali ke pejabat untuk bekerja, mengatakan majikan harus dibenarkan untuk mengurus sendiri keadaan di tempat kerja selari dengan SOP kesihatan.

“Kami tidak dapat mengurus perniagaan secara mikro dengan penutupan pejabat korporat, terutama di zon yang terbuka,” katanya.

“Pengurusan kendiri adalah cara untuk menghadapi situasi endemik.”

Malaysia dijangka akan memasuki fasa endemik Covid-19 pada akhir Oktober depan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.