- Iklan -
Berita

Korea Utara beri amaran kontrak bekal kapal selam Aukus bakal cetus persaingan senjata nuklear

Pihak berkuasa Korea Utara berkata pihaknya akan memberikan respons balas jika wujud ancaman terhadap keselamatan negaranya ekoran kerjasama AS, Britain dan Australia tersebut.

AFP
2 minit bacaan
Kongsi
Beberapa anggota tentera berdiri di atas kapal selam USS Oklahoma City ketika kembali ke pangkalan tentera laut AS di Guam pada 19 Ogos lalu. Australia adalah negara kedua selepas Britain yang memiliki teknologi nuklear kapal selam AS selepas Aukus termeterai. Gambar: AP
Beberapa anggota tentera berdiri di atas kapal selam USS Oklahoma City ketika kembali ke pangkalan tentera laut AS di Guam pada 19 Ogos lalu. Australia adalah negara kedua selepas Britain yang memiliki teknologi nuklear kapal selam AS selepas Aukus termeterai. Gambar: AP

Kementerian luar negara Korea Utara hari ini berkata perikatan baru Indo-Pasifik bersama Amerika Syarikat (AS) dan kontrak kapal selam negara itu dengan Australia boleh mencetuskan “persaingan nuklear” di wilayah tersebut.

Minggu lalu AS mengumumkan perikatan tiga hala bersama Australia dan Britain dalam kerjasama strategik pertahanan (Aukus) di mana AS akan membekalkan kapal selam berkuasa nuklear kepada Canberra.

“Tindakan ini adalah perkara yang tidak diingini dan bahaya kerana ia akan mengganggu keseimbangan strategik di wilayah Asia-Pasifik dan bakal mencetuskan persaingan nuklear,” kata Korea Selatan melalui media rasminya, KCNA.

“Ini menunjukkan AS adalah ketua dalang yang mahu menjatuhkan sistem pencegahan perluasan nuklear antarabangsa,” kata ketua bahagian berita luar negara jabatan akhbar dan maklumat kementerian tersebut.

Rabu lalu, Korea Utara telah melancarkan dua peluru berpandu di perairannya.

Ia kemudian disambut dengan ujian peluru berpandu kapal selam Korea Selatan beberapa jam selepasnya.

Beberapa rundingan pertahanan dan pelancaran ujian peluru di lautan Pasifik telah mencetuskan persaingan senjata di wilayah tersebut selain turut meningkatkan ketegangan antara AS dan China.

“Ia adalah satu hal yang biasa apabila negara-negara termasuk China mengecam tindakan tersebut dengan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab kerana merosakkan keamanan dan kestabilan wilayah tersebut,” kata pihak berkuasa Korea Utara.

Kerjasama antara President AS Joe Biden, Australia dan Britain berhubung pertahanan yang termeterai minggu lalu dilihat sebagai usaha untuk menyekat kebangkitan China.

Hubungan pentadbirannya dengan Korea Utara juga dilihat bertukar nada berbanding pendahulunya, Donald Trump yang menjalin hubungan diplomatik mesra bersama pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

“Sikap AS yang melakukan rundingan serampang dua mata itu semakin jelas selepas pentadbiran baru mengabaikan norma antarabangsa yang diterima oleh semua selain mengancam keamanan dunia dan kestabilannya,” kata kementerian itu lagi.

Pegawai kerajaan Korea Utara turut berkata ia “akan memberikan respons balas jika kami mengesan ia memberi kesan ke atas keselamatan negara kami”.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.