- Iklan -
Berita

Genting, Melaka dan Tioman bakal masuk pelan gelembung pelancongan

Nancy Shukri berkata cadangan itu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob esok.

Nur Shazreena Ali
1 minit bacaan
Kongsi
Melaka, Pulau Tioman dan Genting akan dicadangkan masuk ke dalam gelembung pelancongan menyusuli Langkawi.
Melaka, Pulau Tioman dan Genting akan dicadangkan masuk ke dalam gelembung pelancongan menyusuli Langkawi.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Mosti) akan mencadangkan Melaka, Genting dan Pulau Tioman untuk dimasukkan ke dalam pelan gelembung pelancongan selepas projek rintis dimulakan di Pulau Langkawi.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri berkata cadangan itu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob esok.

“Saya berpeluang untuk beri cadangan untuk destinasi baru, untuk hari ini; kita telah luluskan dan akan dibentangkan lagi esok ke mesyuarat yang akan dipengerusikan perdana menteri di mana kita namakan tiga destinasi baru. Ini bukan ekslusif kita akan beri tambahan lagi destinasi,” katanya.

Beliau berkata projek rintis di Langkawi telah menunjukkan contoh yang baik dengan tiada rekod kes Covid-19 dalam kalangan pelancong baru-baru ini.

“Kita akan memperhalusi SOP yang telah dibentangkan kerana contohnya entry nak dikenakan ujian swab Langkawi telah beri satu contoh yang baik kerana apabila entry ke Langkawi dari lapangan terbang dari feri kita ada ujian swab jadi kita dapat halang kes positif cases untuk masuk ke Langkawi dan kes positif di Langkawi bukan dalam kalangan pelancong, ia daripada penduduk di situ.

“Dari 16 hingga 19 September, ketibaan pelancong sebanyak 6,622 melalui flight, 3,483 melalui feri ini adalah angka yang kita peroleh secara tepat.

Beliau turut berkata kementerian ketika ini turut memperhalusi SOP bagi memastikan lokasi pelancongan di mana tempat keluar dapat dikawal secara berkesan.

“Kita diberikan dua minggu untuk destinasi-destinasi baru untuk laksanakan persediaan sebelum perniagaan dibenarkan beroperasi semula pada 1 Oktober depan.”

 

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.