- Iklan -
Berita

16 menteri bakal gulung perbahasan titah diraja berkait kementerian hari ini

Isu kajian semula gaji minimum, kes pelanggaran status makanan dan produk halal serta situasi pekerjaan belia ketika pandemik Covid-19 juga antara yang bakal dikupas hari ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Dua pejalan kaki berjalan di hadapan bangunan Parlimen Malaysia.
Dua pejalan kaki berjalan di hadapan bangunan Parlimen Malaysia.

Seramai 16 menteri dijangka menggulung perbahasan titah diraja berkaitan kementerian masing-masing pada persidangan Parlimen hari ini, setelah berakhirnya sesi perbahasan semalam yang berlangsung sejak 14 September lepas.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, antara kementerian yang terlibat adalah kementerian pertahanan, kementerian dalam negeri, kementerian kewangan, kementerian pendidikan, kementerian kerja raya dan kementerian komunikasi dan multimedia.

Dalam pada itu, isu kajian semula gaji minimum, kes pelanggaran status makanan dan produk halal serta situasi pekerjaan belia ketika pandemik Covid-19 antara yang bakal dikupas semasa sesi pertanyaan bagi jawab lisan.

Semasa sesi soal jawab lisan itu, Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) bertanyakan menteri sumber manusia mengenai tahap pelunasan komitmen kerajaan serta perincian usaha dalam kajian semula gaji minimum.

Ahmad Maslan (BN-Pontian) pula bertanyakan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna berkenaan langkah mengatasi dan jumlah kes pelanggaran status makanan serta produk halal sama ada yang diimport atau keluaran dalam negara.

Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 adalah sidang Parlimen yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 17 hari hingga 12 Oktober.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.