- Iklan -
Berita

Kilang peti sejuk Panasonic di Singapura tutup, 700 hilang kerja

Syarikat itu berkata ia akan menggabungkan operasi kilang-kilangnya di Malaysia dan China.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pejalan kaki dari luar cermin kaca sebuah premis Panasonic di Tokyo, Jepun. Panasonic menutup operasi kilang mesin pemampatnya di Singapura menyebabkan ratusan hilang pekerjaan. Gambar: AP
Pejalan kaki dari luar cermin kaca sebuah premis Panasonic di Tokyo, Jepun. Panasonic menutup operasi kilang mesin pemampatnya di Singapura menyebabkan ratusan hilang pekerjaan. Gambar: AP

Panasonic akan memberhentikan 700 pekerjanya di Singapura selepas firma elektrik global itu mengambil keputusan untuk menutup operasi pembuatan mesin pemampatnya, kata firma elektronik antarabangsa itu.

Panasonic berkata ia akan menggabungkan operasi Panasonic Appliances Refrigeration Devices, yang telah beroperasi di Singapura hampir 50 tahun ke kilang-kilangnya di Malaysia dan China.

Bagaimanapun keputusan tersebut tidak termasuk ibu pejabat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Panasonic di negara tersebut.

Sebuah kenyataan syarikat itu menyifatkan langkah tersebut sebagai satu “cara pandang ke hadapan di saat perniagaan global berdepan cabaran” dan sebagai sebahagian daripada “kajian semula strategi jangka panjang perniagaan”.

Dalam pada itu, The Straits Times melaporkan setengah daripada pekerja yang terkesan susulan langkah yang diambil syarikat tersebut adalah warga Singapura sementara 13% lagi adalah terdiri daripada penduduk tetapnya.

60% daripada mereka yang diberhentikan berusia lebih 50 tahun dan 30% berusia antara 30 dan 50 tahun.

Laporan akhbar harian itu berkata pekerja syarikat tersebut telah dimaklumkan berkenaan perkara tersebut dalam empat sesi selama 45 minit secara berasingan hari ini.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.