- Iklan -
Berita

Judi tanpa lesen, dasar kewangan PKS fokus Dewan Rakyat hari ini

Menteri pembangunan usahawan dan koperasi juga dijangka menyatakan dasar kewangan jangka panjang dan perancangan untuk membantu PKS dalam sidang Dewan Rakyat hari ini,

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.
Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.

Perihal berkaitan judi tanpa lesen dan dasar kewangan jangka panjang serta perancangan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) antara yang bakal dikupas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan, Cha Kee Chin (PH-Rasah) akan bertanya menteri dalam negeri mengenai langkah kerajaan untuk membanteras kegiatan judi nombor 4D tanpa lesen, kerana kewujudannya menjejaskan hasil kutipan cukai kerajaan.

Selain itu, Tiong King Sing (GPS-Bintulu) akan meminta menteri pembangunan usahawan dan koperasi menyatakan dasar kewangan jangka panjang dan perancangan untuk membantu PKS serta industri terkesan teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan semasa pandemik Covid-19.

Persidangan Dewan Rakyat juga akan menyambung sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang memasuki hari terakhir selepas RMK12 dibentangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 27 September lepas.

Mengikut takwim Dewan Rakyat, ia akan disusuli dengan jawapan daripada menteri selama tiga hari bermula esok.

Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 17 hari hingga 12 Oktober ini.