- Iklan -
Berita

WHO syor penggunaan vaksin malaria pertama tangani kematian kanak-kanak Afrika

Vaksin tersebut kali pertama dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal GSK pada 1987.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Penduduk kampung Tomali di Malawi menunggu giliran untuk anak mereka mendapat vaksinasi pertama melawan wabak malaria dalam program rintis di negara itu. Gambar: AP
Penduduk kampung Tomali di Malawi menunggu giliran untuk anak mereka mendapat vaksinasi pertama melawan wabak malaria dalam program rintis di negara itu. Gambar: AP

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu meluluskan penggunaan vaksin RTS, S/AS01 iaitu yang pertama bagi menangani malaria di negara itu.

Vaksinasi itu adalah bagi melindungi penduduk negara-negara Afrika daripada penyakit yang menular melalui nyamuk dan telah menjadi punca korban lebih 400,000 orang setiap tahun, khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Keputusan itu dibuat selepas pelaksanaan program rintis di Ghana, Kenya dan Malawi sejak 2019 dan setakat ini lebih dari dua juta dos vaksin berkenaan telah diberikan.

Vaksin tersebut kali pertama dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal GSK pada 1987.

Selepas meneliti dapatan data dari ketiga-tiga negara berkenaan, WHO “mengesyorkan penggunaan secara meluas vaksin malaria pertama di dunia” tersebut, kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

WHO dalam satu kenyataan berkata, penggunaan vaksin itu secara meluas disyorkan dalam kalangan kanak-kanak di negara sub-Sahara Afrika dan wilayah lain yang mencatatkan penularan malaria pada tahap sederhana dan tinggi.

Terdapat banyak vaksin dikeluarkan bagi menangani virus dan bakteria, namun ia adalah julung kali WHO mengesyorkan penggunaan vaksin itu secara meluas terhadap parasit manusia.

Simptom penyakit itu termasuk demam, sakit kepala dan otot, tubuh dingin selain demam dan berpeluh.

Dapatan kajian juga mendapati program rintis tersebut telah menunjukkan “vaksinasi telah mengurangkan malaria tenat yang boleh menyebabkan kematian sebanyak 30%” kata Pengarah Jabatan Imunisasi, Vaksin dan Biologi WHO Kate O’Brien.

Pengarah Program Malaria Global WHO, Pedro Alonso pula berkata “daripada perspektif saintifik, ini adalah satu kejayaan besar,”

Menurut dapatan itu juga, vaksin tersebut bertindak melawan plasmodium falsiparum – salah satu daripada spesies parasit malaria yang paling berbahaya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.