Liverpool membelasah Manchester United 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Ahad yang menyaksikan Mohamed Salah merekodkan hatrik.
Naby Keita dan Diogo Jota mula membolos gawang United mendahului perlawanan pada 15 minit pertama perlawanan sebelum Salah menambah dua lagi gol menamatkan separuh masa pertama.
Perlawasanan semalam meletakkan Salah sebagai pemain dari Afrika yang paling banyak memasukkan gol di EPL.
Sepanjang sejarah EPL, United tidak pernah ketinggalan 4-0 pada separuh masa pertama dan kekecewaan mereka bertambah kerana hanya mampu meraih satu daripada 12 mata saingan liga tersebut.
Kekalahan memalukan di Old Trafford itu dilihat turut menjadikan kedudulan pengendalinya, Ole Gunnar Solskjaer semakin terancam.
Salah meledak gol ketiganya lima minit selepas permainan disambung semula.
Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan gol buat United tidak lama selepas itu, dinamun dibatalkan kerana ofsaid.
Salah juga kini merekodkan jaringan dalam 10 perlawanan berturut-turut mengatasi Didier Drogba dengan gol ke-105 di EPL.