- Iklan -
Berita

PM Sudan disahkan telah pulang ke rumah

Bagaimanapun, beberapa menteri dan pemimpin politik Sudan masih ditahan dan tidak diketahui keberadaan mereka.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Sudan Abdalla Hamdok. Gambar: AP
Perdana Menteri Sudan Abdalla Hamdok. Gambar: AP

Pejabat Perdana Menteri Sudan mengesahkan bahwa Perdana Menteri Abdalla Hamdok, yang ditahan dalam rampasan kuasa tentera, telah pulang ke rumahnya, lapor Sputnik.

Sebelum ini, media melaporkan Hamdok telah dibebaskan dan kembali ke kediamannya di daerah Kafouri, Khartoum.

“Malam ini (Selasa) Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan isterinya telah kembali ke kediaman mereka di Khartoum dengan kawalan keselamatan yang dipertingkatkan,” kata pejabat itu dalam satu kenyataan di Facebook.

Menurut kenyataan itu, beberapa menteri dan pemimpin politik Sudan masih ditahan dan tidak diketahui keberadaan mereka.

Tentera Sudan pada pagi Isnin menahan Hamdok, serta beberapa anggota kerajaan yang lain. Bercakap di saluran televisyen negara, ketua Majlis Berdaulat Sudan dan Ketua Komander Angkatan Tentera, Abdel Fattah al-Burhan mengisytiharkan darurat di negara itu, pembubaran majlis berdaulat dan kerajaan.

Kemudian, al-Burhan pada sidang akhbar menyebut Hamdok berada di rumahnya dan dalam keadaan yang baik.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.