BN dikompaun RM10,000, langgar SOP ketika lancar jentera
Berdasarkan notis kompaun yang dimuat naik Facebook kementerian kesihatan, BN dikompaun selepas gagal memastikan penjarakan fizikal.
Terkini
Barisan Nasional (BN) dikenakan tindakan kompaun oleh Pejabat Kesihatan Kepong sebanyak RM10,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi ketika melancarkan jentera bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam.
Berdasarkan notis kompaun yang dimuat naik Facebook kementerian kesihatan, BN dikompaun selepas gagal memastikan penjarakan fizikal.
Terdahulu, bebeapa gambar yang memaparkan BN melancarkan jentera PRN Melaka tular sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai kerana menunjukkan sikap tidak peduli terhadap SOP.
Pelancaran jentera itu turut disiarkan secara langsung di platofrm media sosial BN Comms dan Umno Online.
Sebelun ini, kementerian kesihatan menguatkuasakan larangan aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk pelancaran jentera nermula 24 Oktober sehingga 27 November depan.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.