- Iklan -
Berita

Britain jadi negara pertama lulus pil rawatan Covid-19 keluaran Merck

Amerika Syarikat juga dalam usaha meneliti data bagi penggunaan pil antiviral itu dan dijangka akan mengumumkan keputusan akhir November ini.

Reuters
2 minit bacaan
Kongsi
Molnupiravir merupakan ubat pil keluaran Merck dalam rawatan Covid-19 di mana ia dapat mengelakkan pesakit Covid-19 daripada dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia dengan kadar 50%. Gambar: Reuters
Molnupiravir merupakan ubat pil keluaran Merck dalam rawatan Covid-19 di mana ia dapat mengelakkan pesakit Covid-19 daripada dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia dengan kadar 50%. Gambar: Reuters

Britain pada Khamis menjadi negara pertama di dunia meluluskan pil antiviral berpotensi menjadi “game changer” yang dibangunkan Merck dan Ridgeback Biotherapeutics dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.

Agensi Kawal Selia Produk Ubat dan Kesihatan (MHRA) Britain mengesyorkan ubat molnupiravir untuk kegunaan pesakit Covid-19 bergejala ringan hingga sederhana dan mereka yang sekurang-kurangnya mempunyai satu risiko untuk mengalami penyakit teruk seperti obesiti, diabetes berusia dan penyakit jantung.

Malnupiravir akan diberikan secepat mungkin berdasarkan ujian positif Covid-19 iaitu dalam masa lima hari gejala muncul, kata MHRA yang memetik data klinikal.

Kebenaran penggunaan ubat itu adalah yang pertama menggunakan rawatan antiviral oral, selain menjadi ubat Covid-19 pertama yang akan diberikan secara meluas dalam komuniti.

Rawatan untuk menangani pandemik yang telah mengorbankan 5.2 juta di seluruh dunia sebelum ini menumpukan usaha membangunkan vaksin dan program vaksin.

Pilihan lain pula termasuk remedesivir dan dexamethasone yang diberikan selepas pesakit dimasukkkan ke hospital.

Malnupiravir keluaran Merck itu telah menyaksikan data yang menunjukkan ia dapat mengurangkan setengah risiko kematian atau dimasukkan kes hospital akibat Covid-19.

Sementara itu, kumpulan penasihat Amerika Syarikat (AS) akan bermesyuarat pada 30 November ini bagi menyemak data keselamatan dan keberkesanan serta menentukan undian sama ada molnupiravir perlu dibenarkan atau sebaliknya.

Pil yang akan dijenamakan sebagai Lagevrio di Britain itu dibangunkan untuk memperkenalkan ralat dalam kod genetik koronavirus yang mengakibatkan Covid-19 di mana ia perlu diambil dua kali sehari selama lima hari.

Pengarah Perubatan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) England, Profesor Stephen Powis, berkata ubat terbabit akan diberikan kepada pesakit berisiko tinggi mengalami komplikasi susulan Britain bakal berdepan musim sejuk paling mencabar.

Katanya, penggunaan meluas akan menyusul sekiranya ia terbukti secara klinikal dan kos efektif dalam mengurangkan risiko kematian dan kemasukan ke hospital.

“Rawatan ini akan segera diberikan kepada pesakit yang pada mulanya melalui kajian supaya kami dapat mengumpul lebih banyak data bagaimana antivirus berfungsi dalam kebanyakan populasi yang divaksin,” kata menteri vaksin United Kingdom, Maggie Throup kepada Parlimen.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.