Tiada kuarantin bagi perjalanan udara Malaysia-Singapura mulai 29 November
Keputusan yang berkuat kuasa pada 29 November depan akan membolehkan individu lengkap divaksinasi bergerak antara kedua-dua negara tanpa perlu menjalani kuarantin.
Terkini
Malaysia dan Singapura akan melancarkan Vaccinated Travel Lane (VTL) antara Lapangan Terbang Changi dan KLIA mulai 29 November, membolehkan mereka yang lengkap divaksinasi dapat bergerak antara kedua-dua buah negara dan dengan hanya menjalani ujian Covid-19 tanpa notis kuarantin.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong, mereka berharap perjalanan rentas sempadan di dua negara dapat dipulihkan dalam masa yang terdekat.
Mereka turut berkata kemajuan berkenaan perkara itu juga dapat dibuat dengan perbincangan berterusan mengenai langkah serupa bagi membuka semula perjalanan merentasi tambak Johor dan laluan kedua.
“VTLS adalah satu lagi pencapaian penting dalam kerjasama Malaysia-Singapura yang telah lama terjalin,” kata Ismail.
“VTL akan membenarkan perjalanan ketika kedua-dua negara sedang beransur-ansur membuka semula sempadan secara penuh tanggungjawab dengan mengimbangi keperluan memulihkan ekonomi sambil memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat daripada jangkitan Covid-19.”
Dalam pada itu, Lee berkata Singapura dan Malaysia menikmati “hubungan mesra dalam pelbagai bentuk”.
“Saya sangat gembira kerana kedua-dua negara akhirnya dapat memulakan semula perjalanan rentas sempadan melalui VTL.
“Ini akan membantu memulihkan ekonomi, memulihkan hubungan rakyat dua negara, dan mengukuhkan hubungan dua hala.”
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.