- Iklan -
Berita

Pemain industri sambut baik pelaksanaan duti eksais e-rokok

Nanostix menjangka duti eksais yang bakal dibayar syarikatnya akan mencecah lebih RM100 juta.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dalam Belanjawan 2022 yang diumumkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz pada 29 Oktober lalu, kerajaan menetapkan kadar cukai sebanyak RM1.20 bagi setiap mililiter (ml) cecair vape mulai 1 Januari 2022.

Syarikat e-rokok Nanostix Innovations Sdn Bhd hari ini menyambut baik pelaksanaan duti eksais yang bakal dikenakan ke atas cecair nikotin bermula tahun depan, mengatakan jangkaan duti eksais yang bakal dibayar syarikatnya mencecah lebih RM100 juta.

Sehubungan itu, syarikat itu turut merancang untuk menyerap separuh kos akibat pengenaan cukai tersebut bagi meringkan beban pengguna.

“Sekalipun berdepan dengan cukai yang agak tinggi, Nanostix komited dalam usaha menggalakkan perokok beralih ke alternatif yang lebih baik.

“Walaupun berlaku peningkatan kos sebanyak RM9.60 akibat pengenaan cukai bagi sekotak perisa, Nanostix merancang untuk menyerap separuh daripada kos ini bagi mengurangkan beban yang bakal ditanggung oleh pengguna,” kata Ketua Pengarah Eksekutif Nanostix Shahabudeen Jalil dalam sebuah kenyataan hari ini.

Dalam Belanjawan 2022 yang diumumkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz pada 29 Oktober lalu, kerajaan menetapkan kadar cukai sebanyak RM1.20 bagi setiap mililiter (ml) cecair vape mulai 1 Januari 2022.

Selain itu, peranti vape juga akan dikenakan duti eksais pada kadar ad valorem 10% sementara cecair tanpa nikotin dikenakan duti eksais pada kadar RM0.40 setiap ml.

Dalam pada itu, demi menangani impak duti eksais tersebut, Shahabudeen berkata Nanostix menyasarkan untuk mengeluarkan peranti baru yang lebih baik.

Katanya, untuk cecair perisa, dengan pengeluaran di kilang berstatus amalan pengilangan baik (GMP), Nanostix akan meningkatkan kapasiti pod kepada lebih 33% untuk memberi nilai tambah kepada pelanggan sedia ada dan baru.

“Langkah ini juga bakal mengurangkan beban peningkatan harga yang akan ditanggung oleh pengguna,” katanya.