- Iklan -
Berita

Najib terima RM49 juta dari dua syarikat berkait Jho Low, kata bekas CEO 1MDB

Jumlah tersebut didakwa menjadi sebahagian dari dana RM2.3 bilion 1MDB melalui Tanore Finance Corp.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Najib Razak di Mahkamah Tinggi. Gambar: Bernama
Bekas perdana menteri Najib Razak di Mahkamah Tinggi. Gambar: Bernama

Seorang saksi utama perbicaraan 1MDB-Tanore melibatkan Najib Razak mengesahkan bekas perdana menteri itu menerima RM45 juta daripada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan buruan Low Taek Jho, yang mungkin bakal menjadi titik perubahan dalam kes melibatkan kira-kira RM2.3 bilion yang berada dalam akaun peribadi bekas perdana menteriitu.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman, semasa pemeriksaan semula oleh pendakwa kanan Gopal Sri Ram semalam, berkata wang dari Vista Equity International Partners Ltd (Barbados), dipindahkan ke akaun bank AmIslamic Najib menerusi lima transaksi antara Oktober dan Disember 2014.

Hazem berkata Najib menerima tambahan RM4.1 juta pada Jun tahun yang sama dari Blackrock Commodities (Global) Ltd, menjadikan jumlah keseluruhan yang diterimanya adalah sebanyak RM49 juta.

Kedua-dua Vista Equity dan Blackrock Commodities adalah syarikat yang dimiliki dan dikawal Eric Tan, sekutu dipercayai Low yang atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

RM49 juta itu adalah sebahagian daripada pinjaman bank yang diambil 1MDB dari Deutsche Bank, ia dijamin dengan jaminan yang disediakan 1MDB Energy dan 1MDB Langat.

Jumlah tersebut adalah sebahagian daripada 25 pertuduhan di mana Najib didakwa menerima RM2.3 bilion dari 1MDB melalui Tanore Finance Corp, sebuah syarikat milik Tan.

Pihak pendakwaan menetapkan untuk membuktikan bahawa dokumen palsu dikemukakan bagi menunjukkan wang yang diterima Najib adalah derma daripada seorang putera Arab Saudi, termasuk beberapa cek yang tidak pernah ditunaikan.

“Beliau mengambil langkah aktif untuk tutup tindakan jenayahnya,” kata Sri Ram.

Perbicaraan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini dengan bekas ketua pegawai kewangan 1MDB Azmi Tahir akan memberikan keterangan.