Lebih 30,000 unit rumah siap dibina tidak terjual pada suku ketiga 2021
Menurut timbalan menteri, terdapat penurunan kadar lambakan rumah yang tidak terjual walaupun tidak ketara kerana terdapat pemaju yang menurunkan harga atau memberikan diskaun.
Terkini
Sebanyak 30,290 unit rumah siap dibina bernilai RM19.75 bilion di seluruh negara tidak terjual setakat suku ketiga tahun ini, berbanding 31,112 unit rumah membabitkan nilai RM20.1 bilion pada suku kedua.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ismail Abdul Mutalib berkata berdasarkan data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic), angka itu menunjukkan penurunan 2.64% dalam bilangan unit dan 1.74% dalam nilai pada suku tahun ketiga berbanding suku tahun kedua.
“Terdapat penurunan kadar lambakan rumah yang tidak terjual walaupun tidak ketara kerana terdapat pemaju yang menurunkan harga atau memberikan diskaun bagi membolehkan bekalan rumah sedia ada dapat dijual dalam ketidaktentuan ekonomi masa kini.
“Ini dibuktikan dengan penurunan indeks harga rumah pada suku ketiga (2021) pada 198.6 mata berbanding suku ketiga 2020 pada 199.9 mata yang menunjukkan penurunan sebanyak 0.7%,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) mengenai jumlah terkini rumah tidak terjual setakat September lepas.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.