- Iklan -
Berita

Stesen bahan api bersepadu pertama Malaysia akan beroperasi di Sarawak

Stesen bersepadu menggabungkan bahan api pelbagai jenis, Petros dijangka meminimumkan penggunaan tenaga kerja akan beroperasi dengan sistem internet, termasuk sensor automatik, analisis data dan pembayaran tanpa tunai.

Nur Shazreena Ali
2 minit bacaan
Kongsi
Stesen bahan api bersepadu Petros dijangka beroperasi pada bulan depan atau awal tahun depan.
Stesen bahan api bersepadu Petros dijangka beroperasi pada bulan depan atau awal tahun depan.

Stesen bahan api pelbagai jenis bersepadu pertama di Malaysia dijangka akan memulakan operasi di Sarawak seawal-awalnya bulan depan.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) Abdul Aziz Husain berkata pembinaan stesen Petroleum Sarawak (Petros) di Darul Hana, Petrajaya, Kuching, hampir siap.

“Stesen minyak pertama kami di Darul Hana akan menjadi stesen pertama seumpamanya di Malaysia, dah mungkin bagi rantau ini,” katanya pada majlis pecah tanah hari ini.

“Kami berharap dapat beroperasi bulan depan atau awal tahun depan.”

Stesen bahan api pelbagai jenis Petros itu dijangka meminimumkan penggunaan tenaga kerja dan akan dipacu sistem internet, termasuk sensor automatik, analisis data dan pembayaran tanpa tunai melalui platform SarawakPay.

Stesen itu direka bentuk sepenuhnya untuk khidmat pengecasan elektrik pengisian bahan api hidrogen sebaik sahaja penggunaan bateri dan kenderaan menggunakan sel meningkat.

Aziz berkata stesen demikian diperlukan untuk menggalakkan penggunaan awam terhadap kenderaan rendah karbon.

Beliau juga berkata Sarawak bersedia untuk mengembangkan ekonomi hidrogennya, memiliki keupayaan untuk menghasilkan hidrogen dengan skala besar.

“Akan ada beberapa cabaran, tetapi saya percaya kami akan berkembang menjadi pakar dalam bidang ini,” katanya.

“Ramai orang akan bertanya mengapa kami membina stesen sedangkan tiada kereta berkuasa hidrogen di sekitar ini.
“Namun persoalannya, jika tiada stesen, adakah orang akan membeli kereta hidrogen atau adakah mereka perlu miliki stesen untuk galakkan mereka menggunakannya?”

Beliau berkata Sarawak juga berusaha melaksanakan pembuatan atau pemasangan komponen sel bahan api hidrogen sebagai sebahagian usaha mengembangkan ekonomi hidrogen.

“Ketika banyak negara sedang berusaha untuk mewujudkan ekonomi hidrogren mereka sendiri dalam usaha mengawal pencemaran, saya percaya Sarawak berada di kedudukan dan masa yang tepat dalam menerajui usaha mengurangkan pelepasan karbon,” katanya.

Stesen kedua Petros juga kini sedang dirancang untuk pembinaan di Kuching, di Perbandaran Baru Batu Kawah, manakala empat lagi akan dibina di Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri.

Ia akan dibina oleh SEDC Energy, anak syarikat SEDC, dan dikendalikan oleh Petros yang dimiliki kerajaan negeri.