- Iklan -
Berita

2 penumpang Afrika Selatan transit di Singapura disahkan positif varian Omicron

Pengembara itu berlepas dari Johannesburg pada 27 November melalui Singapore Airlines SQ481 dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada hari yang sama.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
MOH kini sedang melakukan pengesanan kontak ke atas kakitangan lapangan terbang yang mungkin menjadi kontak kes jangkitan Omicron di Singapura. Gambar: Reuters
MOH kini sedang melakukan pengesanan kontak ke atas kakitangan lapangan terbang yang mungkin menjadi kontak kes jangkitan Omicron di Singapura. Gambar: Reuters

Dua penumpang dari Afrika Selatan yang transit di Singapura sebelum meneruskan penerbangan ke Australia  disahkan positif varian Omicron Covid-19, menurut kementerian kesihatan Singapura (MOH).

MOH berkata kementerian kesihatan New South Wales (NSW) mengesahkan bahawa kedua-dua penumpang yang tiba di Sydney dari selatan Afrika dengan penerbangan Singapore Airlines SQ211 pada 28 November disahkan positif bagi varian baru itu.

Kementerian berkata penumpang itu berlepas dari Johannesburg pada 27 November melalui Singapore Airlines SQ481 dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada hari yang sama untuk penerbangan transit mereka.

“Saringan Covid-19 yang dibuat sebelum mereka berlepas di Afrika Selatan pada 27 November adalah negatif,” katanya dalam kemas kini harian mengenai Covid-19 lewat malam tadi.

MOH berkata kebanyakan penumpang kekal di kawasan transit di Lapangan Terbang Changi sehingga berlepas ke Sydney pada 28 November, dan tidak memasuki Singapura atau melawat kawasan lain di Lapangan Terbang Changi.

“Enam daripada tujuh penumpang daripada penerbangan itu yang berada di Singapura pada masa ini melaksanakan notis duduk rumah (SHN) 10 hari di kemudahan khas dan akan membuat ujian PCR. Seorang lagi adalah kontak rapat dengan individu yang dijangkiti dalam penerbangan dan sedang dikuarantin,” kata kementerian itu.

Pengesanan kontak sedang dijalankan ke atas kakitangan lapangan terbang yang mungkin menjadi kontak sementara kes itu, kata MOH.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.