Syarikat e-hailing gergasi Grab mengambil alih pemilikan rangkaian pasar raya Jaya Grocer, lapor Bloomberg memetik pemfailan Suruhanjaya Sekuriti & Bursa Amerika Syarikat hari ini.
Laporan tersebut turut mengatakan Grab telah menandatangani persetujuan dengan pemegang saham Jaya Grocer bagi membeli keseluruhan saham pegangan syarikat dan 75% saham tidak diniagakan dengan harga yang tidak didedahkan.
Satu lagi laporan oleh The Edge mengatakan mungkin lebih dari RM1.8 bilion terlibat dalam urus niaga tersebut.
Jaya Grocer diasas dan diuruskan oleh keluarga Teng, yang turut mengasaskan pasar raya TMC di Bangsar dan pasar raya Giant, namun kedua-duanya tidak lagi dibawah pemilikan mereka.
Jaya Grocer memiliki 40 buah pasar raya yang beroperasi di seluruh negara, ia menyasarkan pasaran runcit premium.
Ekuiti dana swasta Asean Industrial Growth Fund (AIGF) telah membeli 45% pegangan saham Jaya Grocer, namun bulan lalu keluarga Teng mengumumkan mereka kembali menjadi pemilik penuh syarikat tersebut.